Wednesday, August 13, 2008

Dendam Kesumat




Hatiku Kau Guris Luka

Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lala lala
Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa
Mengapakah ( kau tergamak )
Mendustai ( diri ini )
Hatiku kau guris luka
Kau siakan ( harapanku )
Kau biarkan ( ku kecewa )
Mengapa hatimu kejam
Tiada betimbang rasa
Meski engkau telah pergi bersama si dia
Namun aku takkan lupa kisah suka duka
Waktu kita sedang bahgia dalam alam cinta
Kan ku kenang sampai masa ku menutup mata
Jangan lagi ( kau bertanya )
Jangan pula ( kau menyesal )
Hatiku kau guris lukaBiar aku ( sendirian )
Menempuhi ( masa/hari depan )
Semoga cahaya hidup
Bersinar di hujung jalan
Lalala lala lala la
Lalala lala lala la
Lalala lala lala laLala lala
Dendam Kesumat

Sweet September nyayian The Flybaits berkumandang di corong radio. Ahhh... shahdunya...host penyiaran radio HotFm seolah-olah dapat membaca hati Ayuni. Mengimbau kembali kenangan saat-saat suka dan duka di samping insan yang bernama Amir. Ya....cinta pandang pertama. Episod dendamnya belum hilang tahkala hati suci ini dinodai dengan kata-kata dusta dari seorang lelaki."Oh tuhan....mengapakah ini terjadi kepadaku" bisik Ayuni.
Tiada lagi ungkapan sayang, cinta dan rindu, kini berubah menjadi kata-kata kesat dari hati seorang yang telah dilukai. CINTA....ungkapan itu sudah lama terkubur di dalam lubuk hatinya, kerna tingkahlaku seorang lelaki, Ayuni mula menyimpan dendam pada lelaki. Baginya, lelaki sering mendatangkan bencana.
Ya....tragedi 20 tahun lalu, telah meninggalkan bayangan hitam dalam hidupnya...."kerna lelaki"...saat-saat getir itu masih terpahat dalam sanubari. Perawan hampir diragut oleh seorang insan yang bernama lelaki....ayahnya. Mujurlah saat itu ibunya kebetulan pulang dari kerja. Entah mengapa hati seorang ibu dapat merasakan sesuatu yang buruk akan berlaku kepada anak gadisnya. Semenjak itulah ayahnya meninggalkan entah ke mana. Selepas peristiwa itu, tanpa nafkah dan berita dikirimkan. Dendamnya kepada lelaki semakin memuncak hingga timbul diskriminasi di antara lelaki dan perempuan. "Aku benci lelaki", bisik Ayuni.
Oh tuhan, mengapa aku menjadi mangsa dari insan yang bergelar lelaki?. Air mata terus membasahi pipinya. Kepada Allah tempat dia mengadu nasib....malah mula terdetik di dalam sanubarinya mengapa tuhan tidak bersikap adil kepadanya. Disebabkan dendamlah dia tidak berkahwin sampai disaat ini. Baginya, soalan, "kenapa masin belum berumahtangga lagi?". Jawapan yang lazim diberi, "Tidak ada jodoh lagi...." mungkin jawapan yang ringkas ini dapat menutup pelbagai soalan yang dikemukan kepadanya.
Melihat kegembiraan teman-teman yang sudah berumahtangga timbul rasa cemburu. Malah cuba untuk mengikis dendamnya kepada lelaki. Setiap malam rutin harian yang sama, menangisi sebuah kesedihan di tengah malam nan sunyi. Hatinya tidak tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan dan kemarahan mula bersarang dalam lubuk hatinya. Bertahun-tahun kisah hitam dan kisah cinta bersama Si dia masih segar dalam ingatan. Ini semua kerana dendam dan sikap tidak memaafkan orang lain.

1 comment:

Kurma said...

rinhoneykurma: wahhh
rinhoneykurma: intro yg bagussss
rinhoneykurma: :))
rinhoneykurma: mcm baca novel betul2 la.. teruskanteruskan
rinhoneykurma: :))
rinhoneykurma: ini baru bab satu
rinhoneykurma: :))